Melongok bekas istana qarun : Qasru el-Qarun atau dikenali sebagai istana Qarun terletak di pinggir
Tasik Qarun dan hampir 40 kilometer dari bandar Fayyoum. Istana ini
sisa sebagiannya masih kokoh hingga kini dan tidak ditenggelamkan oleh
Allah hingga saat ini sebagai pengiktibaran untuk umat manusia.
Dipercayai terdapat 360 buah bilik di dalam istana ini yang menyamai 360
hari dalam setahun. Terdapat tiga tingkat yang menempatkan kaum kerabat
dan tempat menyimpan harta Qarun tidak termasuk beberapa lapisan di
bawah istana tersebut.
Al-Quran menerangkan tentang penampilan Qarun suka mempamerkan
kebesaran dan kekayaannya. Kebiasaannya ia dilakukan tiada motif
tertentu kecuali ia merupakan strategi menarik perhatian ramai agar ia
dikagumi sebagai idola. Dengan mempamerkan kekayaannya juga bermaksud
memberikan pesan bahawa ia mampu melakukan segala-gala, mengupah,
membeli dan membiayai apa saja dan berapa saja.Dalam penceritaan
selanjutnya al-Quran menyebut tentang adanya kelompok yang memang
mengagumi Qarun, iaitu golongan material yang terlalu ghairah untuk
menjadi kaya dengan cara apa saja. Mereka ingin menjadi Qarun, kerana ia
adalah lambang kejayaan seorang usahawan, kejayaan yang hanya diukur
dari jumlah yang tertimbun, tanpa mengambil kira dari mana diperoleh dan
ke mana dibelanjakan. Kerana itu Qarun mengakhiri hayatnya dengan nasib
yang sangat tragik, hancur luluh ditelah bumi.al-Quran memberikan
gambaran, bagaimana Qarun terbenam ke dalam bumi bersama rumah dan
isinya sekalian .
sumber
Title : MELONGOK BEKAS ISTANA QARUN
Description : Melongok bekas istana qarun : Qasru el-Qarun atau dikenali sebagai istana Qarun terletak di pinggir Tasik Qarun dan hampir 40 kilometer da...